Header Ads

Pernah Minta Cerai, Wawa Zainal Hargai Kesabaran Tahap Tinggi Aeril Zafrel

 


Baru-baru ini, doktor perubatan dan pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada berkongsikan video perbualan bersama pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mengenai perkahwinan.


Menerusi video itu, Wawa dan Aeril berkongsi mengenai di awal perjalanan rumah tangga mereka yang dipenuhi dengan suka duka. Wawa mengakui dia pernah meminta cerai daripada Aeril kerana ketika itu usianya yang masih muda dan belum matang.


Namun, Wawa berkata berkat kesabaran yang dimiliki oleh Aeril, rumah tangga mereka kekal sehingga ke hari ini. Ujarnya, dia banyak belajar daripada sikap Aeril yang penyabar.

“Pada waktu itu Wawa masih muda, kita sejenis belum matang maksudnya sikit-sikit gad0h, sikit-sikit benda yang kecil diperbesarkan. Sikit-sikit tanpa berfikir panjang, ‘eh kau ceraikan aku’.

“Saya belajar daripada sikap Aeril untuk menjadi seorang penyabar. Masa tu Aeril sangat sabar melayan Wawa.” Ujarnya


“Alhamdulillah, Wawa pun tak sangka kami bertahan sehingga sekarang, sembilan tahun perkahwinan yang mana Wawa banyak terinspirasi daripada Aeril. Banyakkan bersabar dan bert0Iak ansur dengan pasangan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2012 secara rahsia sekaligus mengejutkan banyak pihak sehingga menggemparkan industri hiburan tanah air.

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.