Header Ads

Netizen Dedah Dory Skin Sebenarnya Dari Kulit Ikan Patin? Mesti Ramai Tidak Tahu Kan...

 


Admin yakin pasti ramai orang kita yang meminati snek dory skin yang kini menjadi trend sekarang. Namun admin juga percaya ramai yang tidak makan ikan air tawar seperti ikan patin, setuju?


Dikongsikan oleh portal gulapop, ianya berkongsi kebanyakan dory skin yang berada di pasaran sebenarnya dari kulit ikan patin atau nama saintifiknya Pangasius.

 

Menerusi Twitter, seorang netizen Faizedzahar yang mendedahkan perkara itu turut memaparkan ikan patin yang dijual menerusi atas talian turut menggunakan nama dory bersama Pengasius.



Pasti ramai tertanya-tanya mengapa ianya dipanggil dory sedangkan ianya ikan patin. Memetik Wikipedia, pada satu ketika kebanyakan ikan dipanggil dory supaya mudah untuk dipasarkan.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang akui terkejut dengan pendedahan tersebut dan tidak menyangka selama ini dory skin yang dimakan adalah kulit ikan patin.

Namun, ada seorang netizen menjelaskan mengenai nama dory itu dimana ikan dori laut dikenali sebagai john dory manakala ikan dori air tawar dikenali sebagai ikan patin.






Sumber : twitter faiz edzahar via gulapop

No comments:

Powered by Blogger.