Header Ads

Malaysia jadi sarang 42,500 ‘sugar daddy’, ke-3 tertinggi di benua Asia

 


Malaysia menjadi antara negara mempunyai bilangan “sugar daddy” paling tinggi di Asia, menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia.


Dilaporkan, negara Asia dengan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebih terdedah terhadap trend itu, dengan Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak pelajarnya berjumlah RM39 bilion.


Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.


“Platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini,” katanya dalam kenyataan.



Wade berkata, ekonomi Asia yang berkembang pesat menyumbang kepada ramai pelabur asing menubuhkan perniagaan dan menjalani kehidupan di rantau ini.


“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar daddy’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” kata Wade.



Sementara itu, laman web berkenaan melaporkan India mendominasi 10 senarai Asia teratas dengan 338,000 “sugar daddy” diikuti Indonesia (60,250).


Malaysia mempunyai 42,500 diikuti Jepun (32,500), Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000). -FMT

No comments:

Powered by Blogger.