Header Ads

Lima tahun ikat tali pertunangan, namun tidak pernah walau sekali pun bakal suami minta tengok muka, hanya bertemu di hari pernikahan

 


Baru-baru ini viral satu ciapan di twitter apabila seorang wanita berkongsikan mengenai  ‘perjalanan’ jodohnya yang menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh siakapkeIi, wanita itu menceritakan dia tidak pernah bersemuka sehingga hari pernikahan, Farhah Nabilah dan suaminya mengikat tali pertunangan selama lima tahun.


Menurutnya, suaminya hanya mewakilkan ibu mertuanya untuk melihat wajahnya.


Sangat-sangat jaga ikhtilat


Farhah terharu dengan sifat suaminya yang menepati janji untuk bernikah dengannya walaupun mereka tidak pernah sekalipun berkomunikasi selama lima tahun pertunangan.


Ditanya mengapa pertunangan berlanjutan sehingga lima tahun, Farhah berkata bahawa suaminya ingin fokus pada bidang pengajian yang diminati terlebih dahulu.


Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen kagum dengan kisah pasangan suami isteri itu dan mengucapkan tahniah untuk mereka.


Sumber: tolibul_ilm via siakapkeIi


No comments:

Powered by Blogger.