Header Ads

"Kalau rakyat marhaen itu tak boleh ini tak boleh, tapi retis elok je siap upload kat IG lagi" - netizen

 


Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Elisya Sandha yang selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada Ahad lalu.


Bagaimanapun, perkhabaran gembira itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan mereka boleh diadakan ketika negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Perkara itu menjadi bualan hangat di laman Twitter apabila ada yang mengatakan bukankah Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak boleh mengadakan majlis pertunangan.



Malah, ramai yang meluahkan rasa hairan apabila mereka boleh mengadakan majlis pertunangan sedangkan sudah dinyatakan bahawa majlis keramaian tidak boleh diadakan.


Tidak kurang juga, ada yang mengatakan ramai yang terpaksa menunda tarikh majlis istimewa mereka susulan PKP tetapi mereka boleh sahaja membuat majlis seperti biasa. Malah, ada yang mempersoalkan adakah SOP untuk rakyat biasa sahaja tetapi mereka yang kaya boleh melakukan sesuka hati.


SUMBER  TWITTER via rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.