Header Ads

Jururawat hamil 7 bulan meninggaI dunia akibat C0VID-19, bayi berjaya diselamatkan

 


 Seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi C0vid-19.


Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini.


“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah menlnggaI dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.


“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.





Dalam pada itu, carian wartawan di FB mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warga net.

 

Difahamkan, arwah dijangklti C0vid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.


 

Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pemb3dahan ces4rean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

 

Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan.

Sumber : wowberita


No comments:

Powered by Blogger.