Header Ads

Islam Dah Lama Ada Vaksln, Habbatus Sauda Dan Madu Tapi Tak Nak Percaya, kata Zul Yahya

 


Nama bekas pelakon, Zul Yahya seakan menjadi bualan selepas  beberapa kenyataan yang tidak masuk akal sering dimuat naik di laman Instagram dan Facebooknya.


Sebelum ini, kecoh mengenai pengakuanya yang sudah memberhentikan anak-anaknya bersekolah dan hanya mahu fokus kepada akhirat.


Terbaru, menerusi laman Instagramnya, dia memuat naik beberapa kenyataan tentang ‘vaksln’ yang sudah lama diperolehi oleh seluruh umat Islam.


Pemilik nama Zulfikli Yahaya itu telah berkata habatus sauda dan madu merupakan vaksln terbaik buat umat Islam namun, masih juga ada masyarakat yang percaya dengan perubatan lain.


“Dah begitu lama umat Islam memiliki vaksln yang bukan sekadar mencegah tapi mampu menyembuhkan. Habatus sauda dan madu tapi tak yakin dengan sunnah.


“Lebih yakin dengan perubatan yang belum tentu ada jaminannya. Bukan madu tiga ye!,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan itu sudah pasti telah mengundang teguran dan nasihat daripada warganet yang kec3wa melihat dengan perkongsian tersebut.

Mereka juga berharap agar bekas pelakon itu mampu berlapang dada dengan menerima setiap pandangan yang diberikan oleh orang ramai.


Berlapang dadalah, jangan bagi kenyataan pukal

Sementara itu diruangan komen dapat dilihat reaksi pelbagai dari netizen, ada yang menyokong dan ada pula yang tidak berapa setuju dengan kenyataan dari bekas selebriti popular itu.




Untuk rekod, Zul juga pernah mengakui setiap rezeki yang datang perlu berusaha tanpa putus asa tanpa sebarang sekeping ‘kertas’ akademik.

Kenyataan-kenyataannya yang dilihat agar ‘lepas’ itu membuatkan banyak pihak tidak selesa lebih-lebih lagi ia boleh mempengaruhi orang lain berikutan statusnya sebagai public figure.

Sumber: Instagram Zul Yahya

No comments:

Powered by Blogger.