Header Ads

Ini Rahsia Yang Ramai Usahawan Muda Mesti Tahu, Bagaimana Nak Capai ‘Sales’ RM1 Juta Yang Ramai ‘Founder’ Ikut Dan Berjaya!

 


bagaimana caranya untuk berjaya seperti usahawan di luar sana yang berjaya memperoleh jualan mencanak tinggi? Walau berdepan pandemik Covid-19, semuanya boleh diatasi berkat menggunakan mentor dan sistem yang betul di dalam perniagaan.

Dari jual 20 biji bantal ke 900, 000 biji bantal jenama sendiri!


Pernah dengar ‘’Bantal Hotel 7 Bintang DAG’? Pastinya ramai yang mengenali jenama ini yang berdiri megah di billboard sepanjang lebuh raya.


Pengusaha di sebalik jenama ini ialah Tuan Das Abdul, yang melalui perjalanan penuh liku sehingga berjaya menerajui syarikat Das Abdul Global Sdn Bhd.  Beliau dahulunya hanya mampu menjual 20 biji bantal sebulan di carboot sales sambil ditemani isteri bersama bayi yang masih kecil. Perit bukan?

Siapa sangka, kini puluhan ribu biji bantal terjual sebulan dengan jualan mencecah RM11.5 juta pada tahun 2020! Semuanya kerana Tuan Das Abdul mendapat ilmu dan teknik perniagaan yang betul ketika baru mula bertapak di peringkat awal.



Bermula dengan modal RM500, kini hasil jualan cecah RM2.5 juta sebulan!

Puan Nur Aini Zolkepeli, pengasas kepada produk Nurraysa Beauty, produk kosmetik Mesra Wuduk  yang sering muncul di kaca TV dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau memulakan perniagaan dengan meminjam modal daripada suami sebanyak RM500 untuk menjual rumpai laut.


Kerana tiada ilmu dan bimbingan yang betul, beliau tidak mempunyai hala tuju dalam bisnes rumpai laut dan sukar mendapat untung. Puan Nur Aini yang tidak berputus asa, mencuba pula untuk menghasilkan produk sendiri di kilang tetapi tidak mampu mengeluarkan modal.


Hasil tunjuk ajar daripada seorang individu yang bekerja di kilang produk kecantikan, Puan Nur Aini belajar membuat produk sabun rumpai lautnya sendiri dari dapur rumah beliau. Dari situ lahirlah sabun kecantikan rumpai laut yang diberi nama Nurraysa.


Masalah yang sama berlaku apabila tiada ilmu dan mentor dalam bisnes untuk membimbing beliau. Dari sini timbul kesedaran untuk bertindak bina bisnes berjaya dengan mengikuti seminar dan kelas demi kelas dari mentor yang betul untuk mencapai kejayaan.


Kini, Puan Nur Aini, pengasas produk Nurraysa Beauty berjaya meraih sales daripada tidak sampai 10 ribu sebulan pada awalnya kepada RM2.5 juta sebulan dengan mempunyai beribu-ribu agen di bawah jenamanya. Bermula dengan modal RM500, bukti sales jutaan ringgit tidak mustahil dengan ilmu dan bimbingan yang betul!


Jom bertindak sekarang Bina Bisnes Berjaya!

Tiada jalan pintas untuk usahawan bina bisnes berjaya melainkan kita percaya apa yang kita buat adalah betul dengan mendapatkan ilmu bisnes yang betul dan bimbingan yang betul untuk mencapai impian dalam perniagaan.


Jadi, bagaimana caranya untuk mendapat ilmu bisnes dengan bimbingan dari mentor yang terbukti berkesan?


Seramai 1.1 juta peserta dan usahawan telah dibimbing mengubah hidup

 RichWorks telah membantu lebih daripada 1.1 juta peserta dan usahawan sepanjang hampir 13 tahun dengan menggunakan sistem Bina Bisnes Berjaya melalui perkongsian ilmu, latihan dan didikan yang luar biasa!


Sistem yang sama juga telah bantu bimbing 777 bisnes tahun 2020 untuk mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak RM2 bilion, hasil minimum dua kali ganda dengan bimbingan rapi Mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam masa satu hingga tiga tahun!


Jom sertai program virtual (live) Bina Bisnes Berjaya dengan promosi tiket PERCUMA

Kali ini pada tahun 2021, RichWorks bakal mengadakan ‘training’ khas yang akan berlangsung secara virtual (LIVE) menerusi program Bina Bisnes Berjaya pada 6 Februari sehingga 27 Mac ini dengan promosi tiket secara PERCUMA!


Program ini merupakan program pembukaan kepada anda sebagai usahawan dan bakal usahawan untuk menolong anda bersedia dan bangkit pada awal tahun baru 2021 walau berdepan cabaran Covid-19 dengan ilmu dan strategi pemasaran dalam bisnes yang berkesan.


Anda akan dibimbing berdasarkan tahap masing-masing iaitu New Business, Start Up, Growing dan Expansion dalam mendapatkan ilmu, latihan dan bimbingan untuk anda menjadi seorang usahawan yang berilmu dan mampu bina bisnes yang berjaya.


Berikut merupakan intipati topik yang akan dikongsikan oleh Mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman dan usahawan jutawan akan berkongsi teknik rahsia mereka berjaya bina bisnes sepanjang PKP di dalam program ini:


Kisah benar dan inspirasi kejayaan peserta-peserta bimbingan RichWorks dari kosong hingga jutawan – Apa teknik rahsia mereka

Kaedah perniagaan berkesan yang boleh digunakan untuk menghasilkan keuntungan jutaan ringgit



Layari binabisnesberjaya.com untuk info lanjut SEKARANG. Daftar sekarang juga dan sahut cabaran Bina Bisnes Berjaya selagi peluang masih ada!


MAKLUMAT PROGRAM:


PROGRAM BINA BISNES BERJAYA FEBRUARI – MAC 2021


Tarikh: 6 Februari – 27 Mac 2021 (Setiap hari Sabtu)


Masa: 9:00 pagi – 10:00 malam


Tempat: Aplikasi ZOOM Webinar

No comments:

Powered by Blogger.