Header Ads

Hatinya Sangat Bersih, Tak Pernah Ada Orang Cintakan Saya Kecuali Janna, kata Dini Azan Schatzmann

 


Kisah percintaan antara merpati dua sejoIi melibatkan pasangan selebriti popular ini bukan lagi rahsia. Semua peminat di Malaysia sudah maklum Janna Nick dan pasangannya, Dini Azan Schatzmann kini sedang diIamun cinta.


Ditanya bagaimana dia tahu bahawa dirinya sudah dilamun cinta, Dini berkata apabila dia lebih memikirkan pasangan lebih daripada dirinya sendiri.


“Apabila anda memikirkan diri pasangan lebih daripada diri sendiri. Apabila anda mula memikirkan untuk hidup bersamanya sebagai sebuah pasukan, bukan secara individu yang berasingan,” katanya.



Ditanya mengenai kekasih hatinya, Dini menyifatkan Janna seorang yang sangat istimewa, mempunyai hati yang bersih, selalu memperbaiki diri dan sentiasa membantu orang.


“Seteleh saya mengembara ke pelusuk dunia, saya belum pernah bertemu dengan seorang wanita yang punya sifat dan personaliti sepertinya. Dia seornag bijak, tegas, sensitif dan kuat.


“Paling penting, dia mempunyai hati bersih dan selalu mahu memperbaiki diri serta membantu orang sekeliling menjadi lebih baik,” katanya.



Dalam pada itu, apabila ditanya bagaimana dia akan menolak cinta yang datang, Dini berkata dia tidak pernah memikirkannya kerana tidak ada wanita yang cintakan dirinya kecuali Janna.


“Saya tak tahu sebab tak pernah ada orang cintakan saya kecuali Janna,” katanya.

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.