Header Ads

Dr Erin mengaku terima mas kahwin RM10000 walaupun status janda anak 5

 


Baru-baru ini, perkongsian bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr. Erin menjadi perhatian apabila memaklumkan ada seorang netizen bertanyakan kepadanya mengenai nilai mas kahwin seorang wanita bergeIar janda.


Menjawab pertanyaan netizen itu, Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi mendedahkan pernah menerima mas kahwin RM10,000 ketika bergeIar janda anak lima.



“Mas kahwin RM100,000 pun tak apa janji abang mampu. Jangan takut bagi duit kat bini sebab bila abang susah, bini juga tolong cover abang balik nanti. Silap hari bulan bini cover abang lebih dari abang bagi tu.


“Akak dulu janda anak 5 pun mas kahwin akak RM10,000 juga hantaran lain kira, so fikir-fikirkan,” katanya.


Dalam pada itu, Erin turut memerIi sikap segelintir individu yang memandang serorang terhadap status wanita yang bergeIar janda. Ujarnya, tidak semua ‘barang terpakai’ jatuh nilai.



“Yang janda dah tentu janda dari anak d4ra tapi dah ‘janda’. Satu lagi yang lelaki pun dok sibuk anak d4ra la apa la. Nak tanya cik abang tu teruna lagi ke? Tak semua ‘barang terpakai’ jatuh nilai. Macam rumah lagi lama lagi mahal,” tulisnya.


Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi bualan ramai apabila berkahwin di Tanah Suci Makkah dengan Erin yang merupakan ibu tunggaI yang memiliki lapan orang anak, namun pasangan itu bercer4l pada April tahun lalu.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.