Header Ads

Bersumpah Pegang Al-Quran, Janna Nick Nafi Persenda Kematlan Bintang K-Pop

 


Beberapa hari lalu, nama pelakon Janna Nick menjadi bualan hangat apabila isu video lama mengaitkan seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang menlnggaI dunia tiga tahun lalu diperkatakan kembali.


Isu tersebut dibangkitkan kembali oleh peminat K-Pop apabila Janna didkwa tidak mengh0rmati kematlan bintang itu kerana bergeIak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam video tersebut.


Menerusi video berkenaan kedua-dua pelakon itu berada di sebuah salon sebelum Sharifah Sakinah melemparkan pertanyaan kepada Janna yang membuat rawatan rambut.


“Ini yang matl tu kan?,” soal Sakinah.


Tampil menjelaskan apa yang berlaku ketika tiga tahun lalu, Janna berkata dia langsung tidak tahu tentang maksud sebenar gurauan Sakinah dan hanya ketawa kerana pelakon itu suka bergurau.



“Jujur demi Allah, saya tak tahu menahu pasal video artis K-Pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu tuju untuk dia, saya tak tahu langsung, hanya gelak sahaja dalam video itu.


“Tapi kalau perkara ini diperbesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini dah tak keIakar jadi saya nak bagitahu saya sumpah demi Allah, saya tak tahu,” katanya.


Menerusi video dikongsikan di Instagram, Janna turut memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat penjelasan tersebut. Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan bahasa digunakan oleh segelintir peminat K-Pop agak kasar.


“Bahasa peminat K-Pop ni terlalu k4sar, terlalu k3sat, untuk saya, segala kritlkan kalau orang ktuk lakonan saya tak bagus saya menyanyi tak sedap saya boleh terima. Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima.



Enggan memanjangkan isu tersebut, Janna tetap memohon maaf jika ada meylnggung perasaan mana-mana pihak meskipun merasakan dirinya difltnah.


“Sekarang ni macam mana! Korang dah fltnah saya, korang expect saya nak minta maaf. Disebabkan saya tak suka layan benda-benda ni, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hatl.


“Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si matl, peminat fanatik K-Pop, saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa, saya minta maaf,” katanya.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.