Header Ads

Artis Malaysia sepatutnya sudah jadi jutawan, tapi... , kata Ziana Zain

 


Baru-baru ini bintang terkenal negara, Ziana Zain ada meluahkan rasa k3cewa dan kesaI dengan masalah isu cet4k r0mpak yang masih belum nampak titik noktahnya.


Tambah bekas pelakon maria mariana ini lagi, penggiat seni tempatan sebenarnya boleh menjalani hidup yang lebih selesa, malas sebenarnya ramai yang sudah mampu bergelar jutawan, namun semua itu tidak menjadi kenyataan dek kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga dengan sempurna.

Situasi jadi bertambah burok kerana perkara itu pada masa era teknologi digital dilihat seperti perkara biasa, khususnya apabila hasil karya kini diperdagangkan secara dalam talian.

"Kalau nak diikutkan, kami artis di Malaysia, kaya sebenarnya, malah boleh jadi jutawan, jika dinilai kepada hasil karya.

"Tetapi disebabkan cetak r0mpak, kami tak dapat apa yang sepatutnya. Tetapi, badan-badan yang mengutip duit, mereka lebih kaya sekarang.

"Kami yang penat menyanyi, berpuluh album tapi akhirnya mereka yang kaya. Padahal, mereka tak ada hasilkan apa-apa pun.



"Pembahagian keuntungan langsung tidak seimbang. Tiba-tiba mereka dapat pula beli bangunan RM14 juta, contohnya. Yang urus bahagian royalti kami, gajinya RM15,000 sebulan.

"Tetapi kami para artis, dapatlah RM500 atau RM600. Adilkah?" katanya .

Ziana yang menyambut ulang tahun ke-30 pembabitan dalam industri seni mengakui, sudah penat bercakap tentang isu ceta4k r0mpak kerana sehingga kini, tiada siapa yang mahu tampil membantu memberi jalan penyelesaian.

"Sepatutnya ada satu pihak penguatkuasa yang menjaga isu hak clpta dan boleh terus bertindak apabila berlakunya peI4nggaran und4ng-und4ng.



"Contohnya di internet, kenakan s3katan. Apabila anda nak download lagu, kena bayar dulu. Tak kisah sumber dari mana tapi kalau nak dengar dan download, ada satu jumlah perlu dibayar.

"Tak ada cara untuk orang ramai bebas dapatkan hasil karya percuma, curilah cara mana pun dia akan ditangkap.

"Internet ni bukan bidang saya, jadi saya nak bercakap pun susah. Tetapi saya harap ada pihak atau badan yang pakar, membantu kami.

"Saya kesal kerana tidak ada siapa yang mahu bertindak. Pada mereka, hasil karya dan lagu itu macam tak ada nilai, sedangkan itulah duit kami.

No comments:

Powered by Blogger.