Header Ads

Alicia Amin bengang asyik ditegur netizen kerana bela anjing

 


Isu yang sudah bukan asing lagi berlaku di kalangan masyarakat kita, iaitu orang melayu memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan. Jika anda masih ingat sebelum ini pernah viral apabila pelakon terkenal, Umie Aida ada memuat naik gambar bersama dua ekor anjing untuk memberi kesedaran kepada umum untuk jaga dan hormati makhluk ciptaan tuhan.


Baru-baru ini, model terkenal iaitu Alicia Amin ada memuat naik perkongsian di laman sosial gambar anjing peliharaannya.Namun perkongsian itu telah mendapat reaksi berbeza dari netizen apabila ada segelintir netizen dm dan menegurnya berhubung memelihara anjing tersebut.Ini kerana ada segelintir masyarakat memandang rendah terhadap orang Melayu yang memelihara anjing.


Tak suka tak payah bela


Menerusi entri di IG Story, beliau memuatnaik status meluahkan pendapatnya berkenaan komen dan teguran netizen berhubung anjing peliharaannya. Tambahnya, dia sudah penat dengan komen yang sebegitu rupa diterimanya.


Katanya, anjing juga merupakan haiwan ciptaan Tuhan yang harus dipelihara dengan sebaiknya. Alicia juga meluahkan dia mempunyai hak untuk memuat naik sebarang foto atau video berkaitan haiwan peliharaannya itu di sosial media.


Geram…


Tambahnya lagi, dia menasihati mana-mana orang Melayu yang sayangkan anjing untuk menjaga haiwan tersebut dengan sebaiknya. Selain, dia berasa bengang dengan tindakan segelintir masyarakat yang memandang hina terhadap individu yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

Berikut adalah beberapa pandangan dari netizen berkenaan isu yang viral ini.





Sumber: Alicia Amin via ohbuIan

No comments:

Powered by Blogger.