Header Ads

Zarina Anjoulie kembali pegang status janda?

 


Sudah agak lama kita tidak mendengar perkembangan terbaru dari selebriti yang sentiasa panas dengan kontroversi ini iaitu Zarina Anjoulie.

Perkongsian terbarunya di instagram menimbulkan tanda tanya kepada netizen apabila selebriti ini memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya selepas kira-kira enam bulan berkahwin. Biar betul?


Ramai yang terkejut kerana tiada angin tiada ribut tiba-tiba Anju memuat naik status tersebut.Pasangan ini dilihat  sangat bahagia dan sering berdua ke mana-mana. Malah, tempoh perkahwinan mereka juga belum sampai usia setahun.

Berikut adalah reaksi dari netizen






Pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas pada Julai tahun lepas.




Untuk rekod, Anju pernah berkahwin dengan dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

No comments:

Powered by Blogger.