Header Ads

Walaupun sudah dibayar gaji RM5500 sebulan, lelaki ini mahu berhenti kerja kerana tidak gembira

 


Ketika dunia sedang dilanda dengan pandemlk C0VID-19, banyak negara terkesan dari segi ekonomi. Bila ekonomi terkesan banyak perniagaan terpaksa gulung tikar dan dalam masa sama ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan.


Disaat-saat sukar untuk mendapat kerja dengan gaji yang lumayan, ada pula insan yang mahu berhenti kerja kerana bosan dengan pekerjaan tersebut dan tidak gembira di tempat kerjanya.

Seperti yang dikongsikan oleh Facebook RicebowlMY, seorang lelaki berusia 27 tahun dan menerima gaji sebanyak RM5,500 sebulan kini dalam dilema.


Dia yang bekerja sebagai pembantu IT dalam bahagian perkhidmatan pelanggan sejak empat tahun lalu berkata sudah bosan dengan rutin pekerjaan serta tiada peningkatan kerja meskipun menerima gaji yang agak lumayan.


Ujarnya, dia tamat pengajian pada usia 23 tahun dan memiliki diploma perisian kejuruteraan.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan gaji yang diterimanya agak tinggi lebih-lebih lagi baru berusia 27 tahun.


Dalam pada itu, ada yang menasihatkan ini bukannya masa untuk berhenti kerja apatah lagi ramai yang terdesak memerlukan pekerjaan.



Perkongsiannya itu mendapat reaksi bercampur-campur daripada netizen lain, dengan ada yang mengatakan bahawa gajinya terlalu baik untuk berputus asa manakala yang lain menasihatkannya untuk melakukan apa yang disukainya.


"Sebulan gaji RM5,500 sangat baik! Anda boleh memilih untuk mengambil sebahagian daripada wang untuk melakukan perniagaan sampingan atau melabur."

"Apa pun, saya rasa sebaiknya buat apa yang anda suka lakukan, tetapi sukar untuk mencari pekerjaan buat masa ini. Di samping itu, jika anda mempunyai beban kewangan, anda perlu berfikir dengan lebih berhati-hati, dan tunggu sehingga pandemik berakhir."

"Saya benar-benar merasakan bahawa anda perlu memikirkan semula sama ada industri ini adalah apa yang anda mahu. Saudara saya juga melakukan Sokongan IT,.

 Saya fikir industri ini tidak mudah, tetapi sangat menarik, tetapi jika anda tidak menyukainya, mudah untuk melupakannya. Jika anda mempunyai keupayaan, maka lengkapkan diri anda untuk buat apa yang anda suka, jangan gunakan industri ini sebagai alasan."


Sumber : Gulapop

No comments:

Powered by Blogger.