Header Ads

(VIDEO) Instafamous Ini Teruk Dikecam Netizen Selepas Berkata Lelaki Curang Kerana Izin Allah

 




Isu cur4ng ini sudah lama menjadi perosak no.1 dalam rumahtangga. Baik suami mahupun isteri sama-sama terlibat dalam isu ini.


Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial apabila dikatakan seorang selebriti popular bermain kayu tiga.Tular di laman Twitter perkongsian seorang netizen yang memuat naik satu video ulasan seorang selebriti media sosial iaitu Andika Puteraa.


Namun ramai yang kurang senang dengan kenyataan dikeluarkan oleh Instafamous itu yang mengaitkan isu kecur4ngan dengan takdir yang diizinkan oleh Allah.


Katanya, setiap orang yang cur4ng itu adalah atas izin Allah dan artis tersebut datang ke rumah ‘kekasih gelapnya’ juga kerana digerakkan oleh Allah.



 

https://twitter.com/JazlieDawani/status/1354817973345677322


Seperti sudah dijangka, kenyataan Andika itu mengundang kecaman netizen serta menggelar Andika penunggang agama kerana seolah mempergunakan agama untuk menghalalkan kesalahan.



Bagaimanapun, video yang dikongsikan oleh Andika itu telah pun dipadam dan Andika dilihat ada memuat naik satu video bagi menjelaskan apa yang diutarakan dalam video sebelum ini.


Katanya, dia tidak menyokong perbuatan tersebut dan mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan berdosa.


Namun, apa yang mahu disampaikan adalah untuk menasihatkan orang ramai sepatutnya mendoakan mereka yang terlibat dan tidak mengecam mereka.


“Kita bukan sesiapa nak menilai manusia, sebernanya kita perlu mendoakan, jangan kecam dia, doakan kebaikkan.


“Daripada asbab Allah tunjukkan kantoi tulah, dia berubah menjadi sangat setia, sangat penyayang, berhenti buat makslat dan lebih rapat kepada Allah,” jelasnya lagi.


Sumber : gulapop

No comments:

Powered by Blogger.