Header Ads

Ratusan pelarian Rohingya lari dari Acheh, dikesan cuba menyusup masuk ke Malaysia

 


Ratusan pelarian etnik Rohingya meIarikan diri dari kem perIindungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh untuk memasuki Malaysia.


Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk PeIarian (UNHCR) Indonesia, Mitra Suryono berkata, sejak awal lagi peIarian Rohingya itu memang bertujuan ke Malaysia dan bukan Indonesia.


"Mereka meninggalkan kem penempatan tanpa pengetahuan petugas.


"Mereka menggunakan khidmat orang ketiga untuk menyeberang ke Malaysia, kerana sejak awal memang tujuan mereka Malaysia," kata Mitra kepada Kompas.com.


Data yang diperoleh Kompas.com, peIarian Rohingya datang dalam dua gelombang iaitu gelombang pertama terk4ndas di Aceh Utara, seramai 99 orang.



Gelombang kedua di Kota Lhokseumawe seramai 297 orang.


"Keseluruhan peIarian yang meIarikan diri berjumlah 396 orang di Kem Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe.


"Daripada jumlah itu, 281 orang meIarikan diri manakala tiga meninggaI dunla.


"Ketika ini baki yang tinggal 112 orang di kem sementara ini," katanya.



Menurutnya, alasan etnlk Rohingya mahu ke Malaysia kerana mereka sudah meIarikan diri ke sana beberapa kali termasuk Disember lalu.


Sebelum itu, etnik Rohingya berangkat dari Bangladesh dengan tujuan Malaysia namun kerana ker0sakan kapal mereka terk4ndas di perairan Aceh.


Menurut Mitra, sebahagian peIarian meneruskan hidup di Malaysia dan berharap dapat memasuki negara itu.



"Di Malaysia, sebahagian keluarga mereka, baik suami, saudara dan lainnya sudah hidup dengan baik. Maka, niat ke Malaysia itu terus ada," kata Mitra.


Mitra berkata, UNHCR menyerahkan sepenuhnya proses und4ng-und4ng kepada polis berkaitan perd4gangan orang etnik Rohingya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.