Header Ads

Jadi Lelaki Taat Pada Agama, Dah Nikah Jangan Malukan Mommy, Pesan Rita Rudaini

 


Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sudah pasti, Rita mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lebih-lebih lagi untuk bekalan akhirat.


Menerusi Instagram, Rita dilihat tidak lokek berkongsikan kehidupan sehariannya bersam anak-anak. Baru-baru ini, perkongsian Rita menjadi perhatian apabila menitipkan doa buat kedua anaknya.


Rita berkata dia sentiasa mendoakan anak-anaknya menjadi lelaki yang taat agama dan seorang suami yang bertanggungjawab apabila sudah berumah tangga suatu hari nanti serta tidak memalukan dirinya.


Katanya lagi, apa sahaja keburukan dan kebaikan yang dilakukan oleh anak-anaknya apabila dewasa kelak adalah atas didikan dan tanggungjawab dirinya. Menerusi entri itu, Rita turut memuat naik gambar salah seorang anaknya sedang tekun membaca Al-Quran.



Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji serta mengagumi Rita yang membesarkan kedua-dua anaknya tanpa seorang suami di sisi.


Rita mendirikan rumah tangga pada 2008, namun perkahwinan mereka dilanda badai sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 5 September 2013.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.