Header Ads

Fadzil Zahari dedah seorang wanita hantar gambar tidak senonoh kepadanya ketika Yana Samsudin berpantang

 


Menerusi satu perkongsian baru-baru ini, suami kepada pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari mendedahkan dia pernah dig4nggv oleh seorang wanita.

Lebih mengejutkan, wanita itu bertindak berani menghantar gambar tidak senonoh kepadanya sejak beberapa bulan lalu dimana ketika itu isterinya sedang berpantang anak kedua mereka.

Menerusi video tersebut, Fadzil turut berkongsikan paparan skrin mesej diterima daripada wanita berkenaan.

“Banyak kisah yang kita dengar berkenaan suami atau isteri yang cvr4ng menerusi mesej. Kalau anda semua tak nak terlibat dalam benda-benda macam ini, terus cegah dari awal.

“Jangan melayan orang mesej ‘hai hai’ kerana apabila jadi perbualan, ia akan membawa kepada perkara seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzil mengkaui ada meletakkan nombor telefonnya di media sosial namun ia adalah untuk tujuan perniagaan dan tiada masalah untuk membalas mesej berkaitan urusan kerja.

Ujarnya, meskipun sudah diberi teg4ran namun wanita tersebut tetap mengg4nggunya.

“Pernah sekali ketika dia mesej dan mengirimkan gambar tidak senonohnya, saya tunjukkan kepada staff saya sebagai saksi jika ada apa-apa perkara berbangklt yang berlaku di kemudian hari.

“Biarpun saya menegvr perbuatannya itu, dia tidak ambil peduli sebaliknya berkata hanya mahu berkawan dan tidak kisah tentang status saya. Dia terus menghantar mesej sama beruIang kali meskipun saya tidak membaca atau melayannya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fadzil berkata dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika wanita itu berterusan mengg4angunya serta memberi pesanan kepada wanita diluar sana supaya jangan mengga4ngu suami orang.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 5, dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia dua bulan.

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.