Header Ads

"Dia Suka Sangat Bau Ketiak Isteri," - Ayda Jebat Dedah Nabil Mahir Suka Bermanja 24 Jam

 


Jika sebelum ini setiap kali perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Mira Filzah dan suami sentiasa jadi perhatian netizen.Namun kini netizen seakan lebih beralih arah pada pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan mereka pada awal tahun ini iaitu selebriti popular Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir.


Kelihatan sungguh bahagia pasangan merpati dua sejoli ini, setiap momen indah mereka kongsikan di laman sosial khas untuk tatapan netizen kesayangan.


Baru-baru ini Ayda Jebat ada mengemaskini ig storynya dengan mendedahkan perangai pelik suaminya.



Tambahnya lagi, Nabil suka menghidu ketiaknya di masa lapang. Wah, betul-betul pelik ni!


Jika sebelum ini penyanyi lagu Pencuri Hati itu ada memberitahu bahawa Nabil gemar mencium pipinya untuk tempoh yang lama, nampaknya perkongsiannya kali ini ternyata mencuri perhatian netizen.




Namun perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon dari netizen. Ada yang menyatakan ianya sangat keterlalun apabila berkongsian perihal suami isteri di media sosial dan ramai netizen yang bersetuju dengan pandangan tersebut.




Apapun, nampak sungguh bahagia pasangan ini. Mereka tidak cepat melatah walau dikecam oleh peminat. Sudah menjadi adat jika jadi selebriti atau public figure ini hati kena kental tak boleh berhati tisu.


Sumber : IG Ayda jebat via beautifulnara

No comments:

Powered by Blogger.