Header Ads

Jumlah kerugian yang ditanggung mereka yang terjebak iShareFans melebihi Macau Scam

 


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Baru Harapan Malaysia membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap penularan satu promosi skim dikenali sebagai iShareFans yang didakwa telah menipu ramai pihak.


 Presidennya, Mohd. Zulfitri Mohd. Basir berkata, laporan itu dibuat kerana skim yang menggunakan sistem permainan wang (money game) itu didapati telah menggunakan sistem pengoperasian yang meragukan.

“Kami telah mengesan satu ciapan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Tipu scam boleh buat duit? Money Game System Ponzi” di mana dalam hantaran tersebut meletakkan gambar yang dipercayai merupakan sebuah sistem dikenali sebagai iShareFans.


 “Selepas diselidik, didapati skim ini menggunakan sistem Ponzi yang meragukan sehubungan itu pihak kami tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa segera siasat skim tersebut yang kini telah menjadi tular di laman sosial bagi mengelakkan ia digunakan sebagai platform penipuan,” katanya.


Tambahan beliau, setelah membuat penyelidikan melibatkan ribuan mangsa, beliau mendapati jumlah kerugian wang ringgit yang dialami mangsa iShareFans dianggarkan ratusan jutaan ringgit, iaitu lebih daripada jumlah kerugian mangsa Macau Scam.


“Scam iShareFans lebih berbahaya dari Macau Scam, jadi PDRM perlu mengambil langkah dengan pantas untuk memburu penjenayah scammer tersebut.


Mohd. Zulfitri berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.


Sejak semalam, skim iShareFans menjadi tular di laman Facebook selepas terdapat beberapa pihak memuatnaik kenyataan bahawa mereka ditipu apabila pihak pengendali skim itu tidak dapat dihubungi dan wang yang diperoleh melalui skim itu turut tidak dapat dikeluarkan.


Difahamkan skim tersebut menawarkan pulangan berbentuk wang yang banyak dengan mudah di mana ahlinya akan diberi tugas untuk memberi tanda suka dan kongsi beberapa akaun laman sosial bagi mendapatkan ganjaran.

 

Setiap ahli juga perlu melaburkan wang ringgit mengikut pakej-pakej yang disediakan bagi mendapatkan semula pulangan modal yang dikeluarkan.


Setelah menerima aduan yang lengkap bagi memulakan siasatan, PDRM dengan kerjasama SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menjejaki dan memburu penjenayah yang terlibat dengan iShareFans.


 Sumber : malaysiapolitik

No comments:

Powered by Blogger.