Header Ads

Bijaknya Cara Barat Cuba Menipu Umat Islam Tentang Dracula Kononnya Lagenda Vampire. Rupanya..

Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat.

Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan sebaliknya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.

Jika Anda Sangka Dracula Adalah Vampire, Anda Silap. Dracula Adalah Panglima Perang Tentera Salib Yang Maha Kejam.

Bermula dari novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.

Jom kita baca sedikit teori mengenai permainan dan liciknya barat yang menggunakan kisah Dracula sebagai sesuatu untuk kelebihan mereka.

Kisah Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia, berketurunan Vlad Dracul. Dalam huraian Hyphatia, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib.

Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini semakin sengit. Kedua-dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik Eropah mahupun Asia. Puncak peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.

Jika Anda Sangka Dracula Adalah Vampire, Anda Silap. Dracula Adalah Panglima Perang Tentera Salib Yang Maha Kejam.

Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam. Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. 

Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula. Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan.

Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.


Hyphatia mengatakan dalam bukunya :

“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut seolah robot yang telah dipogram."

Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu.

"Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”

Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:

"Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis kerana mereka kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”

Jika Anda Sangka Dracula Adalah Vampire, Anda Silap. Dracula Adalah Panglima Perang Tentera Salib Yang Maha Kejam.

Ukuran kejayaan ini dapat dilihat dengan kebanyakan masyarakat di dunia, khususnya umat Islam sendiri yang tidak mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah yang sebenarnya. Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula.

Seperti yang telah diketahui umum bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib. Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Jika Anda Sangka Dracula Adalah Vampire, Anda Silap. Dracula Adalah Panglima Perang Tentera Salib Yang Maha Kejam.

Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam, yang mengalahkan Dracula. Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini. Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib.

Tujuan hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah. Barat sentiasa berterus-terusan mencuba memutar belit fakta dengan pelbagai perkara, dengan tujuan supaya umat Islam sendiri terkeliru. Kerana mereka tahu bahawa umat Islam semakin lemah dan malas untuk membongkar sejarah yang sebenarnya.

Semoga kita tidak terjatuh kedalam perangkap permainan Barat yang ingin melemahkan jati diri umat Islam.

No comments:

Powered by Blogger.